Wednesday, August 31, 2011

aku sendiri tidak lupa akan kisah seorang sahabat aku melpaskan untuk kebaikan dan akhirnya terlepas . mungkin itu bukan jodoh dia.ada pihak menyuruh aku mempertahankannya namun aku tdak megambil apa apa tindakan kini apa yang aku rasakan hanyalah sakit dan sengsara kerana perasaan percaya didalam hati makin menebal perasaan ingin kembali itu masih ada didalam kotak pemikiran tetapi diri tidak mampu melakukan disebabkan rasa sangat bersalah tetapi jika masih ada jalan yang terbuka luas pergilah kembali kerana itu adalah segalanya."sesungguhnya abang tetap abang dan abang tidak akan jadi lebih daripada itu" sekali aku memikirkan tentang itu sedikit pun aku merasainya adalah percakapan yang betul betul serius.weh bodoh la aku kalo aku tak nak percaya kan. hidup nie masih jauh janji tetap janji kerana janji itulah yang akan menjadikan kamu terpesong dijalan Allah. cukuplah selagi aku mampu mendidik aku akakn mendidiknya. even sebagai kawan aku.

raya dan aniversary

salam bahagia. syukur sebab sekarang awk dah pon gembira bahagia dan mampu tertawa.

Tuesday, August 30, 2011

syawal yang dingin

syawal pastinya disambut meriah oleh semua ummat islam dinegara ini..tetapi kali ni berbeza dengan aku.entah apa yang ada dalam kepala aku pon aku tak tau.kadang kadang aku rasa rindu sangat dengan seseorang .biarlah aku dan dia sudah tiada apa dan hanya berstatus kawan namun di hari raya ini kekurangan yang terasa amat perit tidak sama seperti tahun tahun yang lalu.aku sendiri tidak pasti dengan keadaan ini kadang kala aku tidak mampu berfikir untuk mengikut liku liku kehidupan in. apa yang aku harapkan dia disana bahagia senantiasa.salam aidilfitri maaf zahir dan batin

Monday, August 29, 2011

salam aidilfitri

salam aidilfitri buat semua. hari raya kali ini bagiku hanya biasa biasa sahaja tiada apa yang istimewa. sedih kali ini aku kehilangan ramadhan yang aku sentiasa nantikan dan kali ini aku kehilangan orang yang amat ku sayang . hiba sayu dan sebak . di kesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sahabat handai dan rakan seperjuangan .buat orang yang amat ku sayangi aku memohon maaf andai sepanjang perjalanan hidup aku bersama dengan mu banyak kedukaan yang kau lalui aku memohon maaf . duka yang kuberikan kepadamu untuk mendidik sedih yang ku berikan kepadamu adalah untuk mengajar agar tiada lagi titisan dihari akan datang tetapi apa yang dilalui oleh kita sebenarnya banyak pengajaran. kuhalalkan segala ilmu ku dan segala apa yang telah engkau terima daripada ku. insayAllah kita akan berjumpa lagi di masa yang akan datang semoga ukhwah yang dibina ini terus berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.

Sunday, August 28, 2011

setiap masa aku berfikir mengenai diri aku kemanakah aku selepas ini?adakah aku masih lagi begini dan terus begini..aku sering kali memikirkan hal ini.sesungguhnya masalah tidak sepatutnya dibawa ke kamar.aku sering kali mengigatkan diri aku sejauh mana pun aku berlari aku akan kembali kepadaNya .aku manusia biasa mampu untuk berbicara tanpa objektif yang kukuh kerana tidak berdaya untuk melawan kuasa mutlaknya. sesungguhnya diri ini amat kedil dalam dunia yang penuh pancaroba ini.sedih dan tak tertawa hati yang selama ini senang mengingatkan diri aku bahawa kembalilah kepada pencipta. aku sebenarny tidak tahu apa yang sedang difikirkan dalam kotak fikiran aku sendiri ..wal hal aku tahu hati ini membentak berbicara tentang seseorang yang amat dirindui sukar untuk aku mengambarkan perasaan rindu itu.hanya satu yang mampu aku lakukan mendoakan kebahagian dia dan jika benar dia halal bagiku aku akan terus menuggu dan aku berserah segalanya kepada Allah s.w.t aku memohon keredhaan mu..semoga aku lebih tenang ..

peringkat peringkat isteri..

aku tebaca belog tengku nizam nie so aku macam tertarik dengan post dia nie..menraik sangat..aku berharap aku memperoleh isteri yang aku dambarkan..inyaAllah

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah." 


so camner??ok tak..pilih la isteri kamu..tepuk dada tanya selera..dan kepada bakal isteri dan isteri isteri pilihlah jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. InsyAllah..wallahualam

indahnya keluarga

cuba mencari ilham macamana nak meghilangkan kerinduan nie haish...sukar kan hidup macamni. siapa sangaka aku yang keras dan ego ni tak menagis kerana rindukan seorang wanita dan wanita itu bukanlah dari darah daging aku sendiri.semalam aku mengejutkannya sahur..suara dia sungguh happy dan bahagia, wah indahnya dunia aku pun turut merasa sama. aku memang x leh nak tipu dengan diri aku sendiri kerana aku sangat sangat rindukan dia. pelik setipa tidurku dibuai oleh mimpinya kadang kadang aku rasa seperti ingin tidur bertahun lama macam dalam cerita inception eh entah apa nama dia. pagi tadi aku ada call dia dai angkat phone tapi pada pemikiran logik akal aku dia x pernah mamai selama satu jam.tapi tak per la..masing masing keluar suara rindu yang tak nak mengalah.abang aku dah nak bertunang nagan pilihan hati dia,semalam aku bersembang dengan mak aku dia cakap la sal jodoh nie aku diam je..wakaakwkak tak berani nak cakap lor..sedih jugak la teringat kan..ada la seorang hamba alah nie selalu bg aku nasihat jika masih ada rasa sayang jangan ditinggalkan dan tak semestinya jodoh itu berlaku pada hari ini.cuma kita perlu percaya pada qada dan qadar.susah jugak la nak menghuraikan benda tuh..huhuh..apapun rasa kelainan untuk raa kali ini..silaturahim aku dengan family bertambah rapat maybe aku berada dalam kesedihan nie kot..entah la...semuanya tak kene.!!

Wednesday, August 24, 2011

pergi dan pulang

siksa satu bahana itu masih belum berakhir. pagi ini satu catitan penuh nostalgia.aku yang masih disini akan beranjak ke kampung halaman aku. dalam aku tidak sedar ada hikmah yang diberikan kepada aku.walaupun aku masih lagi lemah dan kaku. manusia sering diberi banyak pilihan sesuatu yang amat mengelirukan antara kaca dan intan. tapi lihatah dengan hati yang tenang jiwa yang mantap dan fizikal yang kukuh untuk menilai sesuatu dengan waras. apa yang anda dapat pada hari ini adalah satu kurniaan daripadanya samaada untuk menguji anda ataupun untuk memberikan anda sepenuh kebahagiaan. jalan yang dipilih  bukan nya  jalan yang hakiki dan anda masih lagi mampu untuk menoleh ke belakang untuk memandang dimana silap anda tetapi pandanglah dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif. tidak semestinya jalanan yang kita lalui itu sudah tidak ada penghakhirannya..setiap yang berlaku di muka bumi ini sering kali dijadikan berlawanan.tanya lah kepada diri kita diaman kita berdiri hari ini? tanyalah dengan diri kita sampai bila kita harus begini?tanya dengan diri kita sampai bila kita harus pergi tanpa menoleh ke belakang? memang banyak persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita sehingga kita tidak menyedari perihal itu.manusia diberikan akal untuk berfikir dan dijadikan oleh Allah sebgai khalifah di muka bumi ini.setiap apa yang berlaku datang dariNya dan kita hanya mampu berdoa,beusaha,istiqamah dan tawakal. dengan segala dugaan ini manusia mungkin mampu unuk memiliki kehidupan yang lebih tenang.kerana kita datang dariNya dan akan kembali kepadaNya
~~~wallahualam~~

aku lemah!!

aku masih tidak mengerti apa yang aku rasa untuk waktu dan ketika ini. sunyi rasa hati entah apa yang difikirkan bercelaru sedangkan aku disini hina terperuk dicelah pelusuk manusia. aku adalah manusia yang tidak mempunyai perasaan yang khusus untuk masa ini apa yang ada jiwa yang meronta ronta yang kaku dijamah hari hariyang mendatang. hidup ini telah menerima tamparan hebat dariNya. ya aku sedar aku banyak melakukan kesilapan segala kedukaan yang berlaku dalam diri ini adalah hasil dari kesilapan aku .aku mohon jangan perlakukan diri aku begini .aku tahu aku hina kotor di pandangan mata manusia aku tahu aku insan yang penuh meminta simpati .aku memerlukan kekuatan untuk masa ini kekuatan yang amat dasyat untuk aku lalui hidup ini megapa sukar bagiku untuk aku meninggalkan segala kenangan yang ada di minda kudus ku ini?aku sentia mengeluh ya nabi tidak menyukai ummatnya mengeluh.aku manusia biasa aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan dari berserah kepadaMu. ku sering berdoa jika dia halal bagi diriku izinkan aku untuk menyayanginya,izinkan kami bahagia,izinkan kami berada didalam lindungan kasihmu tuhan.jika dia bukan halal bagiku ,aku mohon engkau bahagiakan dirinya bersama orang yang engkau halalkan sesungguhnya sengsara ini amt pahit untuk kutelan pisahkan kami sejauh jauhnya seperti langit dan bumi,tanah dan gunung aku mohon kepadamu. aku tidak mampu lagi menahan siksa ini. amin

Tuesday, August 23, 2011

Alhamduillah..aku masih benyawa dan masih dikuatkan lagi semangat untuk aku meneruskan hidup walapun hari hari yang berlalu dah tak sama.perasaan hari ni tak sama macam semalam-semalam  yang lalu dan rasa ok sikit. hati ni tetap tak nak berubah masih lagi merindui dirinya. semalam aku bermimpi lagi entah apa petunjuknya aku sendiri masih mencari. memang aku boleh jatuh hati kepada orang lain namun aku tidak pasti aku mampu memberikan cinta atau tidak. sehingga hari ini aku masih lagi kelu tidak mampu berkata apa apa masih memikirkan keadaan yang berlaku masih lagi merindui. jauh di sudut hati aku sayu lemah tidak terkata.segala kekuatan mental dan emosi aku kerah dalam diri aku untuk aku menahan dugaan ini. Acik sahabat yang banyak membantu aku selalu diberinya nasihat dan kadang kala rasa gelak sakan pun ada. aku tidak tahu samaada aku gila atau pun sebliknya acik cakap aku gila..hahah sedangkan hati aku gelisah gila. siapa kata aku tak rindu dengan diri wanita itu .rindu yang teramat sangat jauh disudut hati aku. sampai aku rasa aku sentiasa nak tido je seharian kerana walaupun sesaat dia akan hadir dalam mimpi aku dan ketika itulah aku bahagia. kelukaan aku terubat bila melihat senyum manisnya di facebook walaupun aku tahu dia cuba untuk menjauhkan diri dari aku. aku dapat rasakan senyuman dia adalah pengubat segala kedukaan dihati ini. kadang kala tu aku pernah terfikir jika ada kesempatan unutk aku mendapat seyuman yang ikhlas darinya akan ku simpan dalam tabung untuk dijadikan kenagan sepanjang hayat.aku tahu ayat aku agak melampau tapi untuk mengambarkannya sangat la sesuai. nak je aku berdoa supaya aku dan dia disatukan kembali tapi aku tahu dia tersangat bahagia.kadang kala hati aku ini makin lama makin tidak pandai untuk menikmati perasaan sama ada suka sedih gembira duka dan perasaan sewaktu dengannya. kadangkala berdebar.aku perlu yakin dengan yang maha Esa kerana ketentuan berada ditangannya. hari ini aku mampu tersenyum ketika menulis entri ini. jika siapa yang baca blog nie jangan la cerita depan depan apa yang aku tulis ni kerana aku menulis dengan hati yang tulus ikhlas. poyo kan..wallahualam

Monday, August 22, 2011

~~Dimanakan aku~~

banyak persoalan bermain di minda aku semalam dan hari ini.sungguh pun aku tidak dapat mengambarkan perasaaan itu kerana aku berada dalam keadaan yang amat tertekan untuk masa ini.tapi kewarasan akal dapat mengawal segala rintangan yang ada. aku berdoa kehadrat ilahi aku memohon petunjuk darinya sedih sebak resah gelisah semua ada didalam hati aku.sehingga aku dimarahi oleh roomate aku "kalo ko je yang duk ingat kat dia dia bahagia dengan orang lain tak der guna jugak pegi la bergaul ngan orang ramai supaya leh suka-suka dan lupakan dia". aku menuruti nasihat itu aku turun bergaul dengan manusia lain cuba mengelakkan diri walau terpaksa aku cuba untuk bergelak ketawa dan ketawa aku adalah palsu.siksa memang siksa aku hanya mampu berdoa mintak petunjuk "ya Allah jika benar dia halal bagiku izinkan kami bersama dan sematkan segala kasih sayang dan cinta,jika dia tidak halal bagi ku bahagiakan lah hidupnya dan jagan engkau sesatkan nya dan engkau berikanlah aku ketenangan jauhkanlah hati kami dari ingat mengingati kerana dia adalah milik hambamu yang lain" memang aku rasa sangat sangat gelisah.bangun tidurku diseri dengan kerinduaan. sampai sekrang aku tidak dapat mengambarkan perasaan yang bodoh ini. aku anggap semua ini adalah ujian darinNya.belum pernah aku merasakan perasaan tertekan sebegini rupa.jiwa aku sangat lemah.kenapa sukar untuk aku melupakan dia sedangkan dia sudah menjadi milik orang lain.mengapa sukar bagiku untuk mendapat ketenangan??? subhanallah besarnya kuasa mu.sesungguhnya jangan lah engkau datangkannya di dalam solat ku ya Allah. sering kali aku bertanya mengapa aku perlu berada dalam keadaan ini .Ya aku mengaku aku banyak melakukan kesilapan aku sedar semua itu. aku sendiri pening tidak mampu untuk berfikir dengan kewarasan akal untuk perasaan yang diberi ini. sehingga sekarang aku tidak tahu dimana hati ini berada. sampai satu masa aku merasakan aku tidak mampu untuk menganjak dari hidupnya aku telah mencuba sedaya upaya dan  apa yang mampu aku lakukan hanyalah tawakal kepadaNya. dan aku ada membaca satu artikel yang berbunyi:

Maha suci Allah yang sangat-sangat mengetahui perihal seorang hamba. Maka, Allah SWT telah meletakkan garis panduan untuk berinteraksi dengan sesama jantina, panduan berinteraksi sesama keluarga dekat (mahram), panduan berinteraksi dengan keluarga jauh (bukan mahram), panduan berinteraksi dengan ajnabi (orang yang tidak dikenal), panduan berinteraksi dengan berbeza jantina dan sebagainya.
Kesemua panduan-panduan ini memelihara diri manusia sejak awal-awal lagi sebelum seseorang  terjebak ke dalam jerat percintaan.
Jika kita terlanjur terjebak segeralah mencari jalan yang ditunjukkan Islam bagi mengarahkan cinta yang tulus dan jernih. Jangan hilangkan senyum anda, ramah anda, belas kasihan anda, kasih sayang anda tetapi sampaikanlah semua itu dengan cara yang tepat dan benar sesuai perintah Allah, sesuai petunjuk Rasulullah.


“cintailah sesuatu itu dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci, dan bencilah sesuatu yang tidak kamu ketahui dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu saat nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai
(H.R. Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah)
~~wallahualam~~



Sunday, August 21, 2011

tips nak pujuk insan bernama wanita..



ini hanya sebagai perkongsian daripada aku..walaupun aku sendiri tak bejaya nak pujuk insan yang bernama wanita nie. cuma ini yang pernah aku lalui..hehe

SENYUM :
sebelum merajuk mesti start gadoh gadoh dulu kan? So, time dia tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper.(tapi kalo muka korang buruk sangat tak yah la buat) Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka korang tuh..(kan dah sayang)

BUAT LAWAK
Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan sekeliling dulu samada cuaca itu panas ke sejuk. Jangan nak langar je. jap ag dahi korang kene ketuk ngan slipa getah dia.tak pasal pasal dia gelak pasal korang dahi bengkak.(sakit boleh malu pon beleh)

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS :
jenis nak pujuk camnie kene tunggu cooldown dulu. kalo rasa dia dah elok korang hantar la sms/mms/voicesms tuh..tapi korang kene pandai la..selitkan perkataan lawak sket..

BUAT BODOH :
ini risiko paling bahaya dan aku pernah mencuba dan jawapan dia merana. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. kompem awek korang tu rasa tak best dan fedup..maybe dia cari org lain..so cara ini boleh dilakukan untuk menguji cinta anda sahaja

MERAJUK BALIK
cara nie paling berkesan hehe romantik sangat..bila korang merajuk awek korang pujuk pastu awek korang merajuk pastu korang pujuk.tapi jangan lak sampai dua dua merajuk...hehehe tu dah sampai tahap nak putus!!




so korang pilih la korang nak yang mana satu..hehehe sekurang kurangnya tak der la buntu sangat kalo awek-awek korang merajuk kan..so selamat mencuba dan selamat beramal.renung- renungkanlah...
~~wallahualam~~

hatiku resah gelisah gundah gulana

aku tak tahu la apa yang patut aku lakukan kecuali aku memohon denganNya . hati aku hanya tuhan yang tahu sebelum nie aku tak pernah rasa macamnie ini lakh kali pertama aku merasai perasaan sebegini rupa. selalunya aku tenang setelah petunjuk yang aku perolehi hatiku semakin tenang. Alhamdulillah syukur. aku pernah bertanya dengan diri aku sendiri jika aku tidak menggunakan pertimbangan yang diberikan olehNya apa yang akan berlaku terhadap diriku. subhanallah sangat besar kuasaNya. biar apa pun yang berlaku aku perlu memilih jalanNya kerana aku yakin jalan yang diberi itu adalah lebih baik daripada seribu jalan. suatu masa yang lalu aku pernah lalai dengan kealpaan dunia sehingga kini memberi impak yang besar dalam kehidupan aku. aku mencari diri aku sendiri di waktu ketika ini kerana itu sahaja dapat membantu memberi ketenagan kepadaku. sesungguhnya aku insan yang lemah tidak berdaya apa yang ada dalam diri ini hanyalah sekeping hati.sepertimana yang diwarwarkan oleh seorang wanita(aku tak ingat nama dia) jika baik keturunan daging itu maka baiklah daging itu,jika buruk keturunan daging itu maka buruklah daging itu dan daging itu mewakili hati. aku akui aku banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan sesungguhnya apa yang aku pilih ini adalah jalan terbaik dan aku berharap diri aku akan tenang senantiasa dan aku beroleh bahagia dunia akhirat

~~wallahualam~~

Saturday, August 20, 2011

siksa seorang lelaki.


hari nie aku rasa tenang seketika.entah apa nak dibicara pon aku tak tahu.macam mana aku nak cerita pon tak tahu. sbebnarnya macamnie aku mencari jalan penyelesaian tentang perhubungan aku dengan seorang wanita ni.dan jalan terakhir aku ambil ialah untuk melakukan istikharah dan memohon petunjuk darinya.jika aku mendapat petunjuk itu dan aku tidak merelakan apakah hukum yang jatuh pada diri aku.??? aku bingung dalam memikirkan hal ini...aku berharap ada hamba Allah yang mampu menjawab persoalan ini..

Friday, August 19, 2011

ayat copy paste tapi bermakna!! itu yang aku rasa...shared..!!!


Perasaan positif yang dirasakan ini selalunya amat membantu anda untuk melihat jauh kehadapan melangkaui perasaan TAKUT dan negatif yang wujud dalam diri akibat kenangan buruk perhubungan/cinta yang lalu dengan lelaki.

Perasaan positif ini juga menjadi pendorong untuk anda ‘mencuba’ mempunyai pasangan dan hubungan baru.

Dalam keadaan ini, kemungkinan anda berkata pada diri;
“Kali ni perhubungan aku ni amat berbeza dari dulu”

“dia ni lain la, tak sama macam yang dulu, dia tak mungkin buat perangai macam pasangan yang lepas..”

“aku sekarang ni dah makin matang, takkan benarkan lagi perngalaman buruk lepas berulang, ini masa untuk cinta sebenar..”

Tapi hakikatnya anda tak berubah apa pun. Yang berubah hanyalah masa dan situasi.

Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

JIWA kacau

aku bukan suka suka nak tulis entri nie tapi ini adalah spiritual quotion aku...



Dari semalam aku tak leh nak tido..tak tahu kenapa perasaan aku rasa kacau gile kot..entah lah..aku rasa berdebar..aku mengadu la kat seseorang..habis nama penyakit dia wat kuar..huh!!! memang cubaan betul la.entah la aku rasa cam aku dah try sehabis baik tapi tak jugak kan.tapi yang peliknya bila aku mesej kat facebook ok je tapi bila kau cakap phone dia marah lak.nak buat camner hati kita lain lain rambut je sama hitam. aku tak tau lau kita buat baik pon ada orang nak marah kat kita..tapi aku tak berjiwa kacau kerana dia.semalam pukul 5 pagi aku call la dia sebab nak kejut bangun sahur.then aku yang kene marah lak. bagi aku aku dah biasa ngan menda tu selama nie pon lau dia kasar aku tak tegur jugak. aku nie bukan nyer orang baik pun. sometimes aku teringat ayat yang dia bagi pasal hadiah birthday..insyallah apa yang dia tulis tu betul..aku tak kisah la dia macammana pon aku akan terima seadanya. aku tahu dia rindukan aku tapi dia sudah mempunyai seseorang yang perlu dijaga hatinya. so aku pasti dia akan amik jalan untuk mengelak daripada aku.walaupun aku nie hina dimata diaorang sebab selalu buat dia nie rasa sedih.aku lagi sedih ditabur dengan ayat ayat yang sakit pedih dan sebagainya aku tahu dia tak bermaksud nak buat aku camtu.aku tahu dia tidak akan melakukan sebegitu rupa terhadapku dan aku yakin. kini dia memilih jalan itu dan adat manusia tidak akan berpaling. kadang-kadang kita perlu berpaling kebelakang untuk melihat sekali lagi adakah itu jalan yang terbaik untuk kita. aku pernah tanya diri aku buat apa aku nak bertepuk sebelah tangan tapi apakan daya aku dah lakukan segalanya mengikut hukum dan aku cuba untuk bersabar menerima keputusan daripadaNya. apa sahaja keputusan yang diberi olehNya aku terima seadanya. sebab itu sudah memang takdir!. tetapi aku yakin dan percaya dengan diri aku dia akan menjadi milikku.banyak janji yang indah kami tabur tapi janji tu dah jadi abu kemeyan.sudah banyak akli dia bagi aku peluang dan aku cuba baiki kelemahan diri aku tetapi masih tidak memuaskan hatinya. selama nie pun dia pernah cakap "saya terima awk sedanya" dan aku yakin dengan perkataan itu.aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikt tetapi aku tak sempat.indah dunia masa tu jangan cerita la.walau pun jarang jumpa aku sentiasa kenang dia dalam doa aku.satu benda je yang aku paling risau disaat aku rindu dia kalo dia tak angkat phone aku akan berdoa banyak banyak supaya tak jadi pape.then amsa tu memang doa aku dimakbulkan lah.harap masa depan pon sama jugak.satu lagi aku nie lelaki yang tidak mempunya aset dan liabiliti so susah la sket nak jumpa dia.nie la lagu first aku nyanyi kat dia sebab aku takut perkara sebegini terjadi.walupun kini aku bukan kekasih dia aku tetap berharap dia menerima aku sebagai seorang sahabat.aku boleh mengambil masa sesaat untuk kenal, aku boleh amik masa sehari untuk bercinta tapi makan taun kot nak lupakannya hingga akhir hayat pon belum tentu aku boleh lupakanya.aku yakin cakap, ini bukan cinta monyet ini adalah cinta pertama aku dan dia.

angin bayu bertiupan
lautan yang tenang disebelah petang
menanti teman ku dari pagi lagi
sungguh bosan skali
tunggu macam ini

*ini kah sikap mu buat ku menunggu
sedih hati ku mengenang sikap mu
pernahkah kau tahu perasaan ku

jgn pergi dulu jelas kan pada ku
mana silap ku kau tinggal kan aku
maafkan aku kalau salahku menanti diri mu

mlm minggu kau menunggu
berjanji dengan ku kata malam itu
kau mula merindu

aku sangat suka dendangkan lagu nie dulu tapi bila aku yakin dengan diri aku aku dah tak nyanyi dah lagu nie kat dia.dan ini menjadi kenangan yang abadi untuk diri aku.rasa rasa dia nak dengar balik tak lagu nie? heheh..main main je la..insyallah dia bahagia dan aku terus menunggu demi janji aku..kerana aku manusia yang berpegang pada janji.sehingga kini aku masih menuggu petunjuk dariNya insyaAllah aku redha dengan segala yang dicaturkan oleh nya kerana Dia lebih berhak ke atas diriku..
~~~~wallahualam~~~

Thursday, August 18, 2011

cinta sejati menurut islam



Cinta Sejati menurut Islam:

  1. Tidak rela yang dicintai menderita
  2. Rela berkorban apapun demi yang dicintai
  3. Memenuhi segala keinginan dari yang dicintai
  4. Tidak pernah memaksakan kehendak kepada yang dicintai
  5. Berlaku sepanjang masa
Cinta tersebut hanya ada antara Khalik dan Makhluk, cinta antara makhluk harus ditambah syarat-syarat berikut:
  1. Cintanya tersebut karena Alloh S. W. T.
  2. Harus memenuhi segala aturan yang dibuat oleh Alloh S. W. T.


    wallahualam

Wednesday, August 17, 2011

bahagia dirimu untukku

alhamdulillah syukur kehadrat ilahi.terasa diri aku ini susah untuk menerima apa yang berlaku dalam masa terdekat ini.jiwa aku meronta.aku sedar kesalahan yang aku lakukan.jika menangis air mata darah sekalipun aku masih begini .senyuman yang terukir satu ketika dulu kini menjadi kenangan.aku redha dengan ketentuan tuhan yang maha Esa.seandainya dikau kemabali sayang akan ku terima cintamu kembali.cinta aku kepadanya sangat mendalam sehingga aku susah untuk melupakanya.aku ingin menipu diriku sendiri. ku tahu hidupku kaku tanpa dirimu.hanya dikau saja pengubat kesedihan diriku ini.dalam keadaan sebegini rupa aku memohon kepada Allah yang esa untuk mengubati luka yang terpalit dihati ini.sukar untuk aku melafazkan dengan kata kata kerana perasaan yang meronta ronta dihatiku.aku tahu dirinya banyak terluka oleh diriku.maafkan aku . meronta ronta jiwa ini menjerit aku tidak mahu meninggalkannya,apakah daya ku.

     cinta tidak semestinya memiliki tetapi cinta adalah satu pengorbanan .perlu melepaskanya walaupun tidak sudi.

hehe..sedang tulis entri nie aku tegur dia kat fb huhuh..inilah perjalanan kami

dia akan menjadi sahabat aku!!

Tuesday, August 16, 2011

~~untuk isteriku di masa hadapan~~

♫ Saat ku tahu kau akan pergi jauh, izinkan aku tuk selalu menantimu untuk katakan; ku ingin dirimu. Agar kau tahu bertapa ku terlalu mencintaimu aku akan menunggu hingga dirimu kembali untukku 

Sungguh, Allah yang mengikat hati seorang manusia untuk seorang manusia lain. walau dekat macamana pon, kalau Allah tidak mengikat hati antara kita, kita akan rasa jauh. :'| Sangat-sangat rindu!!!

............
wallahualam..

Korban Cinta

Berangkat pergi biduk kukayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini

Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya

Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi persaan kasih padamu
Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya

mendalam sungguh maksud lagu ni .apa yang aku rasakan hari ini adalah sama.kerana perngertian tidak setaraf.aku redha dengan ketentuan ilahi .terima kasih kak sue bagi nasihat untuk adik.kerna setiap yang berlaku ada hikmahnya.tambahan lagi bulan puasa bulan penuh rahmat.jika kita inginkan sesuatu terus berdoa dan mencari hidayahnya sesungguhnya Allah masih bersama dengan diriku.dan tiada orang lain yang menganiayai diriku kecuali diriku sendiri dan aku berlindung kepadanya.
wallahualam.





Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"sayang Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai percintaan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

~~SIti Norhafika Ramli~~


Monday, August 15, 2011

perasaan


ya ALLAH bahagiakan dia dengan orang yang dia cintai semoga dia bertemu dengan orang yang boleh membahagiakan dirinya.tetapi aku disini masih tetap menunggu kehadiranya.aku sendiri tak dapat menipu perasaan aku .tiada orang lain menganiayai diriku kecuali diriku sendiri dan aku berlindung dengan mu. insyallah.

Sunday, August 14, 2011

Bahagia!!

beberapa cara untuk jadi bahagia..tetapi bukan bahagia di tanjung rambutan justeru itu mari kita sama sama membaca dan mempraktikan cara ini..mungkin ada baik betulnya... wallahualam


Apakah erti bahagia? Bagaimana rasanya bila bahagia??
Setiap orang pasti ada pandangan mereka yang tersendiri tentang erti bahagia. Ada yang merasakan dengan mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah besar, isteri cantik dia sudah bahagia..
Ada juga yang merasakan bahagia apabila dapat bercuti bersama keluarga semasa musim cuti sekolah. Kerana inilah sahaja peluang untuk bergembira dengan keluarga kerana ada yang sibuk bekerja pada hari2 biasa..
Ada juga yang merasakan bahagia apabila ibu bapa mereka tidak mengongkong mereka. Bahagia apabila semua perkara dilakukan tidak dimarahi oleh ibu bapa mereka kerana ibu bapa mereka tidak kesah. Adakah kita akan bahagia dengan cara ini sepanjang masa??
Tentu kita akan gembira bila anak atau adik kita berjaya dalam pelajaran bukan?? Mana ada ibu bapa bahagia anak malas belajar, nakal, ponteng sekolah, mengamuk awal pagi bukan??
Erti bahagia sesuatu yang abstrak, saya tidak boleh berkata dengan buat cara ini dan ini kita boleh bahagia..Kerana bahagia berbeza mengikut pandangan  setiap individu.. Dari segi pandangan ibu bapa, mereka akan berasa gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dari segi akademik, dan sahsiah. Dari pandangan seorang anak, mereka berasa bahagia apabila meihat ibu bapa mereka gembira dengan adanya mereka disisi ibu bapa mereka



1. Jangan Takut dan khuatir
    Perasaan takut dan khawatir merupakan pikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif
3. Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
    Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasayang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
    Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justeru, itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
    Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. tumpukan perhatian dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun boleh merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita meraikan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
    Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan percakapan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan tekanan Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda
    Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada tekanan. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
    Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.
     haaaaa...amacam best!!! cara utruk jadi bahagia...dalam kehidupan ini setiap masalah ada penyelesaian nya ,justeru itu kita mesti mencari punca setiap apa yang berlaku untuk dijadikan pengajaran.
    jika kita mencari bahagia ini akan berlaku dalam diri kita iaitu perubahan hati yang ketara saya menulis perihal ini kerana saya melaluinya.jika berlaku pada diri anda buatlah ia sebagai satu pengajaran.
     
“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)

Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.

Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah..Dan sebagai manusia biasa, kita mungkin terjebak dengan berbagai-bagai pilihan..hati dan akal lah yang akan membantu kita membuat keputusan. Pengalaman yang lepas mengajar saya bagaimana mengenali hati manusia.Kadang-kadang kita lihat manusia itu dari luaran cukup sempurna,cukup baik,cukup sifat,dimulutnya sentiasa menyebut-yebut nama Allah..tetapi apabila kita mengenalinya lebih mendalam,dia bukanlah seperti apa yang kita lihat,malahan melanggar perintah dan larangan Allah...Adakah manusia seperti ini hipokrit atau disebabkan hatinya mempunyai dua pilihan (kepada jalan baik atau kepada jalan yang salah).

Kerana baik jahatnya seseorang manusia sangat bergantung kepada pengurusan yang ada di dalam diri manusia itu. Siapa yang mengabaikan hati, ertinya dia membiarkan dirinya berjalan di dalam keadaan yang gelap dan meraba-raba hingga menyebabkan banyak benda yang dilanggarnya. Kalau di dunia pun nasibnya belum tentu selamat apalagi kalau di Akhirat nanti.

Sebagai manusia biasa yang banyak khilaf, kita tidak mampu mengawal hati dari berubah. Apa yang kita boleh buat agar sentiasa memastikan hati kita teguh kepada perintahNya adalah dengan memanjatkan doa dan meminta kepadaNya supaya dilembutkan hati dan ditetapkan iman. Panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang telah dianugerahkan dan muhasabah lah diri kita. InsyaAllah, Allah akan membuka jalan seluas-luasnya..


Mutiara Kata:
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

selamat beramal dan renung-renungkanlah....wallahualam..
     

      Monday, August 8, 2011

      Tribute to nina ali



      satu nama yang sering bermain dalam kepala aku.bagi diri aku dia masih wujud segar dalam ingatan aku.(untuk pengetahuan semua dia masih lagi hidup)mlm nie seribu kenagan yang ada itu datang melewati kotak pemikiran aku. aku manusia biasa ni sering kali berfikir, kenapa dia banyak memberi impak untuk aku lebih tabah melalui kehidupan dan dia mengajar aku erti kehidupan.secara sengaja atau tidak aku itupun aku kurang pasti.  lewat zaman ini ,manusia semakin gah maju kehadapan dan hari ini aku membuat perbezaan antara aku  dan dia.ku pohon segala kemaafan sempena ramdhan yang mulia ini terhadap dirinya..tepat jam 12 malam ini genaplah umurnya 22 tahun.semoga apa yang dilakukan untuk aku suatu ketika dulu dibalas dengan kehendakNya. setelah 8 tahun genap aku menunggu namun ku tidak terima jawapan. aku berserah dan akhirnya aku menjumpai jalanan itu.terima kasih nina. semoga apa yang berlaku di suatu masa dahulu boleh dijadikan pengajaran dan akan meneguhkan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ku. dirimu amat bermakna dahulu kini dan selamanya.





      selamat hari ulang tahun

      untuk segala kad yang dihanta kini ku membalas dengan sebiji kek yang x boleh makan..heheh janagn marah



      somewhere only we know!!

      I walked across an empty land
      I knew the pathway like the back of my hand
      I felt the earth beneath my feet
      Sat by the river and it made me complete

      Oh simple thing where have you gone
      I'm getting old and I need something to rely on
      So tell me when you're gonna let me in
      I'm getting tired and I need somewhere to begin

      I came across a fallen tree
      I felt the branches of it looking at me
      Is this the place we used to love?
      Is this the place that I've been dreaming of?

      Oh simple thing where have you gone
      I'm getting old and I need something to rely on
      So tell me when you're gonna let me in
      I'm getting tired and I need somewhere to begin

      And if you have a minute why don't we go
      Talk about it somewhere only we know?
      This could be the end of everything
      So why don't we go
      Somewhere only we know?

      [break]

      Oh simple thing where have you gone
      I'm getting old and I need something to rely on
      So tell me when you're gonna let me in
      I'm getting tired and I need somewhere to begin

      So if you have a minute why don't we go
      Talk about it somewhere only we know?
      This could be the end of everything
      So why don't we go
      So why don't we go

      This could be the end of everything
      So why don't we go
      Somewhere only we know?

      suatu tempat yang kita tahu!!!!!!lagu nie nostlagic sebenarnya sajer je post sebelum bukak puasa hope u all will enjoy it

      Sunday, August 7, 2011

      Tribute to Hana nina

      dear friend(eh speaking la pulop..)
      aku tak marah pon..
      ok je.
      sikit tak ambil hati dan kisah apa yang ditulis
      aku pon sama tidak semua manusia dalam dunia nie perfect
      tapi im really like like like like like what did u done...great job from  me if u are my worker and im as chief executive officer.. (insyallah)
      btw..great time we are spend together share our knowledge and laugh together that sweet thing to remember even we just know about 5 day.
      no need la nak post 
      " sory k
      i read your blog
      obviously u're not hepy"
      hahaha..that lucu word  cannot brain la...
      hahah but to my gf dun angry i just only friend relationship with her...
      so hana no need to be "rasa bersalah" because 
      "kritikan itu membina"
      "believe everything what you have done and u will get it"
      peace upon to you.



      Saturday, August 6, 2011

      Kini ku datang kembali

      assalamualaikum w.b.t


      apa maksud ni. datang kembali...haish...dah lama aku tak "berbloging" tiba tiba malam ni ada hidayah(bukan nama awek)plak. sebab semalam aku suruh ada sorang minah nie(bukan nama sebenar)a.k.a sizuka suruh dia tulis pasal aku.aku rasa annoying gila kot baca blog dia but nevermind la sekurang kurangnya kita tahu mana tahap kita berada sekarang. biarlah apa yang diperkatakan itu satu momentum(bahasa saintifik kot) untuk aku melonjak lebih baik lagi. dalam dunia nie kan kritikan itu membina. sama je konsep dia jika yang buruk datang kepada yang buruk gelombang itu akan membina jadi ianya akan lebih teruk. tetapi untuk sizuka tu aku nak balas balik aku punya pandangan pertama(jangan marah sebab ini yang jujur).walaupun aku kenal dia hanya lima hari tetapi aku dah bajet dia mesti tengok aku lain macam.aku rasa dia takut kot..wakwkawkawakwa...(garang ke aku nie???) tanda soal dan titik

      pandangan aku kat sizuka tu
      1.biasalah perempuan ..
      2.ceh mungkin aku popular kot(bajet giler) dah dengar cerita dari kawan dia.jadi aku mungkin ditakrifkan teruk.
      3.budak tu baik.aku tau dia baik tp diam je. sunyi sepi kot(ish menyampah aku kalo sunyi sangat nie amat membosankan)
      4.dia tu dah la koya(bahasa kelantan membawa maksud berlagak) yer la aku tegur buat buat tak tau plak.
      5.dah tak da dah ssebab aku dah lupa apa yang berlaku 5 hari tu.

      hari pertama
      aku tegur but biasa la..nak cakap tak nak cakap sama banyak je

      hari kedua
      baru la berceloteh di sudut depan pintu..nampak mesra sket..

      hari ketiga
      ada la aku ajar sket sket..boleh la simpan buat ajar orang lain lak

      hari keempat
      makan tengahari ...jamuan wooo....tp still dia tengok aku pelik...

      hari kelima
      jumaat..masa tu aku pon dah nak balik dah habis dah kat situ so aku ajak la diaorang lepak kat mamak..ngan staff skali..terkejut aku dia buat keluar something..hahah..aku sangat gemarkan benda berlensa itu..
      "by the way"
      dia nie budak baik..kawan dia pon baik jugak..yang penting baik la...hahah ok la nak kawan. tapi pesanan untuk bakal suami dia dia nie pelik!!! hahaha

      sedikit kenangan 
      hanya gambar semata mata