Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIAKU TANAH AIRKU


Sudah lumrah permainan ada yang menang dan ada yang kalah buat indonesia bolehla anda training lagi untuk masa hadapan dan hetikanla herdikan dan cacian terhadap tanah airku kerana kami dah pon bergelar JUARA.
lumrah kehidupan jugak bila malaysia menang ramai jew yang puji tetapi kalah mereka kutuk lak..Tapi tu semua bukan penghalang buat pasukan bola sepak tanah air kita .Sekalung tahniah untuk mereka kerana telah menjuarai kejohana AFF suzuki.harap semoga mereka akan terus maju dan menaikan martabat bola sepak tanah air kita ke puncak persada dunia.Tahniah sekali lagi kuucapkan.

Walaupun kita menang dan menyukainya ingat hari ini kita kalah dan dalam kekalahan itu kita adalah JUARA kerana kita telahpun memenanginya di bukit jalil. Kalian semua pasti gembira jika dapat cuti kan..itupun kalo dapat...hahha...salam satu malaysia .

p/s  kami bukan bangsa yang lemah indonesia
      jika kami lemah kenapa datang kemari
      kami bukan bangsa berpropaganda
      kerana bumi malaysia yang amat disanjungi
      jangan bermimpi untuk timbulkan provokasi
      kerana kami mempunyai satu malaysia
      disebabkan itu kami menang  denagn indonesia!!

Tuesday, December 28, 2010

"TINGTONG BERSAMA B AND ACIK"

Hurmm... dah 3 malam, malam yang amat membosankan kehidupan kat  mahsa nie. Walaupun ada ramai lagi yang tak balik mereka masing masing dengan dunia mereka sendiri dan kami kat sini ibarat katak di bawah tempurung. Rasanya perasaan nie tak kan berakhir sampai bila bila pon. Setelah hari hari yang berlalu acik masih setia dengan game kuno yuri revenge (nak masuk yang latest barang tak power terpaksa la maintainkan aspect ratio) . Manakala B plak bukan nama sebenar masih lagi dengan kekuatan dalamam dia mencipta ayat ayat power untuk dijadikan bahan gelak ketawa dikala hari masih sunyi. Aku plak layan kepala dengan menidurkan diri selepas berpindah dari markas A ke markas B dan seterusnya C serta dibuat pengulangan. Tanggal pukul 12 tengah hari tadi aku dengar cam ada orang ketuk bilik pastu aku malas nak layan aku buat kurang pandai sket lepak je kat atas katil sambil layan lagu the verve betajuk sonnet yang mendayu dayu. Aku tau acik rindu kat aku kul 3 dia hantar mesej kat aku tanya dah bangun lom...aku tak reply gak sebab nak jimat kredit. Dalam masa yang sama atau kurang sama aku berbalas mesej ngan sidia yang tercinta yang nie tak pe tak de kedit pon dia akan jadi ada. Untuk sidia buat la yang terbaik tuk hari nie semoga segalanya berlalu dengan mudah dan JANGAN NAK MENGATAL!! .Berbalik pada tajuk asal bila tiba malam masing masing akan duk atas katil  duk edit blog dengan menggunakan otak dan ilmu yang diaorang belajar zaman sekolah rendah sehingga zaman sekarang pastu ditambah pula dengan unsur lewah dan penggunaan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dikarang itu terbaik dari sekolah. Malam nie aku tak tau nak tulis apa tetapi disebabkan kebosanan aku datang mengarut kat sini.


jika sportlight itu terang terang lagi matahari
jika cinta itu temberang aku akan lari

wasalam

Monday, December 27, 2010

POWER!!!!!

Cakap pasal power nie kan...banyak benda yang power sebelum sampai tahun baru aku nak bercerita pasal power.banyak benda power dalam dunia nie..umpan ikan pon kene pakai power , nak mengorat pon kene pakai power , nak masuk memana pon memerlukan result yang power , nak jadi power kene ada power . tetapi persoalan dia mana kita nak cari power. itu yang membelenggu otak saya sekarang . bercerita pasal power nie saya ada kawan yang sangat power dalam menambat hati perempuan memang power la mengayat sikit jew dah dapat..power kan. ada sorang lagi nie lagi power perempuan tak nak tinggalkan dia walaupun dia telah melakukan sesuatu yang buruk sebab dia ada power yang sangat power. simbol power nie bukan susah pon nak jumpa kat remote tv pon leh jumpa.huhuhuh dimana mana pon ada power.

tetapi power nie boleh menghancurkan kehidupan sesorang apabila dia ada power dia akan bingkak dan sombong.dia juga akan menjadi manusia yang kejam kerana dia ada power maka yang lemah akan ditindas.
tambahan pula power yang tinggi ini mampu menyebabkan sesiapa sahaja berbelah bahagi dengan keputusan mereka dantidak ada ketepatan dalam membuat pemilihan..disamping itu power juga mampu membuatkan seseorang itu bongkak. dengan power seseorang manusia ini perlu menunjukan satu jari sahaja untuk menundukan musuh kerana dia sangat power. Dunia kita dimanipulasi dengan power oleh semua orang yang mempunyai power dengan menjatuhkan manusia yang kekurangan power.  saya rasa saya pon dah banyak mengarut tentang power nieh sbb saya x der power nanti saya edit bila saya ada power.

Friday, December 24, 2010

BULAN DUA BELAS A.K.A BULAN DISEMBER

Lama jugak tak menupdatekan blog nie tapi hari nie cuma nak cerita tetang bulan dua belas, ulang suara bulan dua belas .Bermula bulan 12 nie kan banyak betul pengalaman pahit untuk ditelan tapi manis untuk dirasai. Sukar nak kata camner.bulan nie jugak aku berbesar hati dengan acik ler dan bi shairil kerana telah membikin blog diaorang heheh...nanti la aku post kan link diaorang.Sahabat aku dua orang nie berbakat besar..karya mereka nie sangat power dengan ayat yang power.kalo tak caya tengok la sendiri. ayat diaorang nie perghhhh....ni link diaorang berdua BI punyer n acik punya .bersama la kita menyaport diaorang dengan menjadi follower dioarang. heheh itu kisah kawan aku dua orang tu dah selesai. Cukup la untuk pengenalan diaorang. Seterusnya bulan 12 nie sedih jugak terpaksa berpisah ngan sahabat aku sorang nie. Kenal tak lama tapi orang kata mudah serasi. dia pon dah pindah ke shahputra mungkin pagi nie dia pergi kot. Aku harap dia mampu pergi ke sana dan menjadi PEREKA FESYEN yang berjaya pada suatu hari nanti. Semoga keputusan suatu yang dilakukan ini adalah untuk masa depan dia dan mendapat kehidupan yang sempurna. Dia ni memag happening dan selamber aku tak pernah jumpa budak camnie sebab dia adik aku kan.tetapi hebatnya dia nie segala kematangan dalam kehidupan semua dia dah ada so hidup dia akan lebih maju dan suksess. Bulan nie jugak aku melalui pengalaman pertama keluar bersama ngan anak sedara aku yang baru lahir . Baruku tahu bahawa susu setin itu beharga seratus ringgit dimana menjadikan perniagaan bayi adalah yang paling untung sebab bayi setiap hari keluar dan sesiapa yang bijak perlu megeluarkan produk yang berkualiti dan harga yang murah pasti mampu untuk menjana pendapatan yang maksimum. Sama juga seperti baby scholars yang harganya mencecah 1k huh..hebatnya industri ini. Penjagaan bayi ini memerlukan modal yang cukup tebal untuk mak bapak kerana penjagaan mereka. bila ku lihat kembali aku tahu bapa dan ibuku insan yang hebat kerana mampu membesarkan kami walau pontakberapa cukup modal. TERIMA KASIH IBU dan AYAH . Lepastu dalam bulan 12 nie kakak ketiga aku akan naik court sebab dilanggar orang orang saman dia. korang paham tak?? kalo x paham buat buat paham k.aku cukup bengang la ngan budak tu , tp tak per setiap yang benar itu pasti menang yeahhhh yakin!!! bulan 12 nie jugak aku mempunyai masalah ngan sidia dia cakap aku tengking padahal kuatkan suara je. tapi tak per menda tu dah selesai so tak perlu nak dipanjangkan lagi. untuk penghujung tahun ini aku berharap sangat aku mampu untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada tahun ini untuk menjadikan tahun depan yang gemilang untuk hidup aku.

apa yang berlaku pada waktu ini akan hilang dan pudar
apa yang datang untuk hari esok akan tiba dan dilupakan 
apa yang datang untuk hari lusa akan datang dan tidak diendahkan


Kerana dunia kita sentiasa berputar
dan jangan biarkan kita diputar
semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan hari esok lebih baik dari hari ini


selamat beramal dan renung renungkan

wasalam

Tuesday, December 14, 2010

Jika betul cinta itu indah

Aku tak tau la mana satu betul..kadang kadang sedih rasa cam dipermainkan. Bila dah hati terlampau sayang bila dah sanggup buat semua untuk dirinya bila dah segalanya kita redah semuanya dah nak sempurna kenapa mesti dia nak musnahkan? apa kejam sangat yang aku lakukan kat diri dia? nak masa kew? masa memang la penting untuk diri seorang wanita .Tetapi semasa bercinta cukuplah sekadar untuk seketika. Aku sebagai seorang yang akan bergelar suami di masa hadapan, aku perlu  risau akan meninggalkan dia setiap masa di rumah untuk mencari rezeki. tetapi jika untuk mencari rezeki sekaranag pon x boleh nampak gaya makan pasir la kita!!
satu lagi betul apa yang orang kata cakap phone lama lama pastu mesej lama lama boleh mendatangkan kemudaratan. salahkan diri aku jika aku reduce menda tu aku tau aku x sempurna tapi aku cuba mencari kesempurnaan.tapi bila dia kata aku just contac dia masa dia wat perangai jew memang la sbb aku x nak kehilangan dia.sebolehnya aku seorang lelaki nak bagi sesuatu yang paling sempurna untuk dia.tetapi bila aku cakap camtu dia cakap kat aku balik g la cari orang lain yang lebih sempurna.x sedar kew selama nie paper yang aku buat untuk dia .cakap bukan main nak mini cooper la aper la..aku kerja lebih sket tarik muncung nak mengamuk x per la dia rasa senang untuk rasa camtu aku layan jew sebab dah sayang kan. aku x pernah nak marah.tapi ada masa aku tegur jugak apa yang salah tapi dia macam buat x endah jew.sehingga hari ini aku masih celaru.

soalan aku untuk semua yang kat luar korang rasa mana patut luangkan banyak masa sekarang kew atau pas kawin? mana yang terbaik?

Tuesday, December 7, 2010

ikotkAn hAti BAdAn binAsA (TRiBUte to LYA lobALOba)

istilah yang sering digunakan oleh orang dulu dulu..seronok..bila mereka mengenengahkan peribahasa ini.kerana banyak nilai nilai murni perlu didalami. Pandangan mata kasar kita menyatakan bahawa ayat ini hanyalah satu gurauan kerana nilai penekanan utuk kesempurnaan aspek seorang manusia itu sudah tiada. Hati kita tidak begitu sempurna untuk membuat sesuatu keputusan yang terbaik. Memandangkan hati kita yang tidak sempurna itu,kita diberi sesuatu yang amat bernilai iaitu akal. akal yang sempurna datangnya dari hati yang tenang dan jiwa yang mantap.Akal yang diberi itu haruslah diguna sebaik mungkin kearah kebaikan.Hati yang tenang pula datangnya dari sahsiah diri kita sendiri yang membentuknya manakala jiwa yang mantap ini pula datangnya dari rohani diri kita untuk berhadapan dengan sesuatu yang sangat mencabar. Cuba kita renungkan kembali setiap yang berlaku itu ada hikmahnya ,setiap yang terjadi itu ada sebab musababnya tersendir.hari ini kita tidak mampu untuk melihatnya tetapi hari yang mendatang kita dibelenggu penyesalan kerana tindakan kita sendiri.Alangkah baiknya jika kita boleh memutarkan jam untuk kembali pada masa lalu. Ketika itu kita hanya mampu merenung dan muhasabah kita empunya diri (penyesalan tak berpenghujung selalu fikir jew) kulebarkan penulisan ini untuk renungan kita bersama. Percayalah semua nya boleh diubah!!!