Saturday, November 27, 2010

Apa CeritA hatI luKA TIDAk Suka

kadang kadang memori yang kita cipta itu untuk peringatan masa akan datang tetapi tidak diendahkan itulah manusia kalau kita nak tahu. tak pernah cukup dengan segalanya.x pernah nak bersyukur dengan segalanya.jarang untuk melihat manusia yang betul betul puas dengan kehendaknya sebab mereka hanya insan yang ntah paper kat muka bumi ni.

Wednesday, November 3, 2010

Duniawi penuh dengan hentaman kuasa

apabila manusia mempunyai kuasa seseorang manusia itu mampu bertindak melebihi jangkauanya. Walhal perkara itu menampakan idealistik yang kurang sihat dikalangan ummat manusia. Sesungguhnya perkara ini tidak boleh dipandang remeh temeh kerana akan mewujudkan satu kuasa kapitalisme yang besar. Hak seseorang untuk memberikan pandangan harus diterima dan disiasat dengan lebih lanjut kerana kebenaran yang terlihat dan dilihat adalah berbeza. Manis cantik budi bahasa sesiapa pun akan terleka. bebola api bersaiz kecil  mampu mengolakkan dunia . Sesiapa sahaja yang melihatnya gerun lari bertempiaran dan datang seorang manusia yang berfikiran luas memandang segenap aspek bahawasanya bebola itu boleh dihancurkan dengan semangat juang yang tinggi disamping mencari kelemahanya. Belum pernah sejarah itu tercipta kerana bebola itu masih angkuh menuruti kehendak graviti mamacu laju kearah bumi. Dalam perjalanan itu percikannya membinasakan cakrawala yang membantu dirinya yang gah dengan pesona . Tertinta segala aset,segala liabiliti keatas bebola itu namun hakikatnya hak sendiri perlu diutamakan bumi harus dihentam . Insan yang kerdil ini tetap tidak akan berganjak walaupun seinci  selaju mana bebola itu bergerak sebanyak mana percikan yang diberikan, insan ini tahu dia perlu menunggu saat,waktu,ketika yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang patut. Hati insan ini tidak akan tenang selagi bebola itu tidak terbelah dua bersepah merata rata . Disaat itu ketakutan yang dihadapi oleh manusia lain sudah tiada lagi . Manusia ini datang melihat bebola itu dengan penuh cacian,hinaan. Dahulu mereka hanya mencaci menghina dari belakang kerana bebola itu ingin membinasakan mereka. Sesudah selesai segalanya apabila bebola itu tidak lagi berapi,bebola itu merayu kepada semua cakrawala bantulah diriku,aku sedar kesilapanku,aku tidak akan ulanginya lagi. Tetapi siapa yang ingin memandang? siapa yang ingin membantu? siapa yang mendengar rintihanya?siapa??



anda akhirkan cerita ini dengan logik anda sendiri jika logik saya tidak logik. sebab saya x boleh nak terima logik anda!! have fun..tanpa khayalan tiada realiti tanpa realiti tiada fantasi

Monday, November 1, 2010

BAngun PAGI GOSOK gIgi GIGI kecil JADI beSAR

Bangun je pagi aku rasa dunia nie bukan diatas norma manusia. Emosi aku bertambah panas dan suam suam kuku.Jikalau boleh tidak kumahu mengherdik atau mencaci sesiapa tetapi apabila ini sudah lebih siapa yang dipijak pun akan bangun mencari pencaci dan pencacai yang menghina. Apakah dunia murah mendengar heboha manusia dengan sesuatu topik yang mengaibkan seseorang. Walhal masalah sekecil itu dibesarkan ibarat "ayam bertelur sebiji,riuh sekampung dihebohkan" bolehkah kita menerima logik akal?? "logik akal saya tak boleh terima spenuhnya". cuba kita renungkan setiap apa pun perkara yang kita lakukan kita akan menerima kembali dalam bentuk yang lain. Tidakah dirinya risau. aku perlu paham kerana emosinya mungkin kurang stabil ataupun "lagaknya"saja .untuk dihormati bukan itu caranya.sebelum kita dihormati oleh orang lain kita perlulah menghormati orang lain dulu.tidak perlu kita memberikan rasuah tidak perlu kita memberikan buah tangan atas dasar ingin mengambil hati. Tidak perlu berjumpa selalu mengajukan pertanyaan soal khabar tetapi pemikiran yang positif  itu amatlah penting. penulis tidak pernah memikirkan negatif terhadap diri orang lain tetapi penulis berumur 21 tahun dan matang untuk memikirkanya sama ada itu positif ataupon negatif. apakah umor yang matang dan berbeza beberapa tahun itu membezakan setiap perlakuan. Bangsa diherdik kita yang puas. Cukup untuk aku diherdik tentang "management" diri aku kerana aku tahu nilai diri aku sendiri. herdikan itu menusuk kalbu sehingga manusia yang mempunyai emosi kurang stabil boleh memberhentikan nadi si pengherdik di hadapan bangsanya. Bangsanya pula kaku layu menerima cacian itu dan mengatakan "dia sahaja bukan aku" apakah malang sangat diri manusia itu berada diatas bumi ini?? ku tulis segalanya disini bukan untuk membuat penghinaan tetapi ku harap ianya berguna untuk anak bangsa yang tidak memandang hormat keatas manusia yang lemah tidak punyai kuasa.hormat akan keperibadian dan hormat akan sesuatu perkara dan jagan dihebohkan. malu saya bukan malu kamu jika hormat kamu hormatlah saya. dunia penuh pancaroba nostalgia pengajar kehidupan semoga segala urusan dipermudahkanNYa......

KECIL keCIL cilI api APi DIbakar JADI BESaR

logik akal manusia tak boleh nak terima alasan kenapa saya tidak mampu untuk memotong rambut.alasan yang saya berikan ialah saya tidak keluar dari kawasan kolej dan rakan rakan saya sibuk untuk menjalani peperiksaan sekali dengan saya.kenapalah puan perlu membesarkan masalah nie degan memanggil saya di hadapan lecturer lain sedangkan warning sudah cukup untuk saya yang berumur 21tahun ini.Jika kita bincang elok elok  hal ini boleh diselesaikan dengan sempurna.saya rasa tercabar sedangkan kelemahan puan yang banyak pon saya tidak kemukakan.biarlah ianya satu keadaan untuk kita mengukur nilai diri kita.semua manusia tidak pernah sempurna tetapi tidak lah perlu manusia itu menunjukkan sesuatu keburkan manusia terhadap orang lain. dewasa yang mengajar kita tetapi perlakuan masih lagi di zaman diktator yang mempunyai kuasa. kerana kuasa manusia berada di darjat yang tinggi. secara umumnya jika manusia itu mempunjyai kuasa kuasa itu akan mengawalnya. Pernah suatu ketika sebelum aku masuk ke ipts sahabat akau berkata "baik kau amik hati lecturer sebab jika tak ambik diaorang akan failkan kau" di masa itu aku  yang meminati untuk menjadi tenaga pengajar menamatkan hasrat aku sepenuhnya.pendidik memang mulia tetapi jika tidak suka boleh digagalkan suka hati.apa maknaya? lecturer niat mereka memang baik mengajar kita mendidik kita tetapi ada kalanya mereka lah pembawa mulut pembawa berita sehingga yang yang baik menjadi buruk contohnya seorang pelajar tidak menghadiri kelasnya tetapi kenapa poerlu dihebohkan untuk satu department? pelajar itu berambut panjang tetapi kenapa perlu dikumpoulkan dihadapan tenaga pengajar yang lain. kenapa menggunakan nama kami bukan saya?kenapa perlu dibesarkan hal yang kecil? jika manusia mampu hormati diri anda belajar untuk menghormati diri anda juga perlu begitu kerana banyak yang saya dengar diri anda selalu membandingkan hubungan dua hala lecturer dan pelajar. lumrah manusia perempuan memang lemah tetapi kelemahan itu boleh dibaiki . Jika kebenaran itu benar akan datang sinar.semoga segala kebaikan yang tercipta itu dapat dimiliki oleh zuriat yang mendatang dan keburukan itu dihindari dengan kehendakNya wallahualam...