Wednesday, August 24, 2011

pergi dan pulang

siksa satu bahana itu masih belum berakhir. pagi ini satu catitan penuh nostalgia.aku yang masih disini akan beranjak ke kampung halaman aku. dalam aku tidak sedar ada hikmah yang diberikan kepada aku.walaupun aku masih lagi lemah dan kaku. manusia sering diberi banyak pilihan sesuatu yang amat mengelirukan antara kaca dan intan. tapi lihatah dengan hati yang tenang jiwa yang mantap dan fizikal yang kukuh untuk menilai sesuatu dengan waras. apa yang anda dapat pada hari ini adalah satu kurniaan daripadanya samaada untuk menguji anda ataupun untuk memberikan anda sepenuh kebahagiaan. jalan yang dipilih  bukan nya  jalan yang hakiki dan anda masih lagi mampu untuk menoleh ke belakang untuk memandang dimana silap anda tetapi pandanglah dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif. tidak semestinya jalanan yang kita lalui itu sudah tidak ada penghakhirannya..setiap yang berlaku di muka bumi ini sering kali dijadikan berlawanan.tanya lah kepada diri kita diaman kita berdiri hari ini? tanyalah dengan diri kita sampai bila kita harus begini?tanya dengan diri kita sampai bila kita harus pergi tanpa menoleh ke belakang? memang banyak persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita sehingga kita tidak menyedari perihal itu.manusia diberikan akal untuk berfikir dan dijadikan oleh Allah sebgai khalifah di muka bumi ini.setiap apa yang berlaku datang dariNya dan kita hanya mampu berdoa,beusaha,istiqamah dan tawakal. dengan segala dugaan ini manusia mungkin mampu unuk memiliki kehidupan yang lebih tenang.kerana kita datang dariNya dan akan kembali kepadaNya
~~~wallahualam~~

0 comments:

Post a Comment