Tuesday, August 23, 2011

Alhamduillah..aku masih benyawa dan masih dikuatkan lagi semangat untuk aku meneruskan hidup walapun hari hari yang berlalu dah tak sama.perasaan hari ni tak sama macam semalam-semalam  yang lalu dan rasa ok sikit. hati ni tetap tak nak berubah masih lagi merindui dirinya. semalam aku bermimpi lagi entah apa petunjuknya aku sendiri masih mencari. memang aku boleh jatuh hati kepada orang lain namun aku tidak pasti aku mampu memberikan cinta atau tidak. sehingga hari ini aku masih lagi kelu tidak mampu berkata apa apa masih memikirkan keadaan yang berlaku masih lagi merindui. jauh di sudut hati aku sayu lemah tidak terkata.segala kekuatan mental dan emosi aku kerah dalam diri aku untuk aku menahan dugaan ini. Acik sahabat yang banyak membantu aku selalu diberinya nasihat dan kadang kala rasa gelak sakan pun ada. aku tidak tahu samaada aku gila atau pun sebliknya acik cakap aku gila..hahah sedangkan hati aku gelisah gila. siapa kata aku tak rindu dengan diri wanita itu .rindu yang teramat sangat jauh disudut hati aku. sampai aku rasa aku sentiasa nak tido je seharian kerana walaupun sesaat dia akan hadir dalam mimpi aku dan ketika itulah aku bahagia. kelukaan aku terubat bila melihat senyum manisnya di facebook walaupun aku tahu dia cuba untuk menjauhkan diri dari aku. aku dapat rasakan senyuman dia adalah pengubat segala kedukaan dihati ini. kadang kala tu aku pernah terfikir jika ada kesempatan unutk aku mendapat seyuman yang ikhlas darinya akan ku simpan dalam tabung untuk dijadikan kenagan sepanjang hayat.aku tahu ayat aku agak melampau tapi untuk mengambarkannya sangat la sesuai. nak je aku berdoa supaya aku dan dia disatukan kembali tapi aku tahu dia tersangat bahagia.kadang kala hati aku ini makin lama makin tidak pandai untuk menikmati perasaan sama ada suka sedih gembira duka dan perasaan sewaktu dengannya. kadangkala berdebar.aku perlu yakin dengan yang maha Esa kerana ketentuan berada ditangannya. hari ini aku mampu tersenyum ketika menulis entri ini. jika siapa yang baca blog nie jangan la cerita depan depan apa yang aku tulis ni kerana aku menulis dengan hati yang tulus ikhlas. poyo kan..wallahualam

0 comments:

Post a Comment