Tuesday, December 7, 2010

ikotkAn hAti BAdAn binAsA (TRiBUte to LYA lobALOba)

istilah yang sering digunakan oleh orang dulu dulu..seronok..bila mereka mengenengahkan peribahasa ini.kerana banyak nilai nilai murni perlu didalami. Pandangan mata kasar kita menyatakan bahawa ayat ini hanyalah satu gurauan kerana nilai penekanan utuk kesempurnaan aspek seorang manusia itu sudah tiada. Hati kita tidak begitu sempurna untuk membuat sesuatu keputusan yang terbaik. Memandangkan hati kita yang tidak sempurna itu,kita diberi sesuatu yang amat bernilai iaitu akal. akal yang sempurna datangnya dari hati yang tenang dan jiwa yang mantap.Akal yang diberi itu haruslah diguna sebaik mungkin kearah kebaikan.Hati yang tenang pula datangnya dari sahsiah diri kita sendiri yang membentuknya manakala jiwa yang mantap ini pula datangnya dari rohani diri kita untuk berhadapan dengan sesuatu yang sangat mencabar. Cuba kita renungkan kembali setiap yang berlaku itu ada hikmahnya ,setiap yang terjadi itu ada sebab musababnya tersendir.hari ini kita tidak mampu untuk melihatnya tetapi hari yang mendatang kita dibelenggu penyesalan kerana tindakan kita sendiri.Alangkah baiknya jika kita boleh memutarkan jam untuk kembali pada masa lalu. Ketika itu kita hanya mampu merenung dan muhasabah kita empunya diri (penyesalan tak berpenghujung selalu fikir jew) kulebarkan penulisan ini untuk renungan kita bersama. Percayalah semua nya boleh diubah!!!

0 comments:

Post a Comment