Wednesday, November 3, 2010

Duniawi penuh dengan hentaman kuasa

apabila manusia mempunyai kuasa seseorang manusia itu mampu bertindak melebihi jangkauanya. Walhal perkara itu menampakan idealistik yang kurang sihat dikalangan ummat manusia. Sesungguhnya perkara ini tidak boleh dipandang remeh temeh kerana akan mewujudkan satu kuasa kapitalisme yang besar. Hak seseorang untuk memberikan pandangan harus diterima dan disiasat dengan lebih lanjut kerana kebenaran yang terlihat dan dilihat adalah berbeza. Manis cantik budi bahasa sesiapa pun akan terleka. bebola api bersaiz kecil  mampu mengolakkan dunia . Sesiapa sahaja yang melihatnya gerun lari bertempiaran dan datang seorang manusia yang berfikiran luas memandang segenap aspek bahawasanya bebola itu boleh dihancurkan dengan semangat juang yang tinggi disamping mencari kelemahanya. Belum pernah sejarah itu tercipta kerana bebola itu masih angkuh menuruti kehendak graviti mamacu laju kearah bumi. Dalam perjalanan itu percikannya membinasakan cakrawala yang membantu dirinya yang gah dengan pesona . Tertinta segala aset,segala liabiliti keatas bebola itu namun hakikatnya hak sendiri perlu diutamakan bumi harus dihentam . Insan yang kerdil ini tetap tidak akan berganjak walaupun seinci  selaju mana bebola itu bergerak sebanyak mana percikan yang diberikan, insan ini tahu dia perlu menunggu saat,waktu,ketika yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang patut. Hati insan ini tidak akan tenang selagi bebola itu tidak terbelah dua bersepah merata rata . Disaat itu ketakutan yang dihadapi oleh manusia lain sudah tiada lagi . Manusia ini datang melihat bebola itu dengan penuh cacian,hinaan. Dahulu mereka hanya mencaci menghina dari belakang kerana bebola itu ingin membinasakan mereka. Sesudah selesai segalanya apabila bebola itu tidak lagi berapi,bebola itu merayu kepada semua cakrawala bantulah diriku,aku sedar kesilapanku,aku tidak akan ulanginya lagi. Tetapi siapa yang ingin memandang? siapa yang ingin membantu? siapa yang mendengar rintihanya?siapa??



anda akhirkan cerita ini dengan logik anda sendiri jika logik saya tidak logik. sebab saya x boleh nak terima logik anda!! have fun..tanpa khayalan tiada realiti tanpa realiti tiada fantasi

0 comments:

Post a Comment