Friday, July 20, 2012

1 ramadhan

syukur aku masih dapat menyambut kedatangan ramadhan untuk tahun ini.seperti biasa memori lampau masih ada.sedih sebak gembira tertawa semua ada dalam diri ini. Al-fatihah buat abang ku yang telah ke rahmatullah memang berbeza puasa untuk kali ini.kadang kadang aku rasa sunyi kerana tiada orang yang memarahi aku.sesungguhnya dia seorang abang yang baik.terasa seperti baru semalam aku dan keluarga berpuasa bersama. masih aku ingat lagi waktu ketika dahulu arwah sedang bertungkus lumus untuk majlis perkahwinanya manakala aku sungul balik ke kampung halaman membawa diri terperap dalam bilik bersama laptop dan game . walaubagaimanapun setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hari ini aku mampu bersabar dan terus bersabar. aku cuba melakukan yang terbaik untuk diri aku sehingga aku berjumpa dengan seorang insan yang istimewa dimana kondisi beliau sangat menakutkan dan anda mungkin tidak akan percaya. dia seorang doktor yang ceria riang proaktif. jika aku berfikir kembali kemungkinan keadaan aku seperti doktor itu kerana aku amatlah tertekan. kisah kami berbeza tetapi persamaannya berlaku pada waktu yang sama dan kami menjalani rawatan pada masa yang sama.

TAPI WA RESPECT DIA NEH
gambar adaptasi memang tidak boleh dikepilkan kerana ini adalah hak privasi.uniknya dia selepas aku kenal ngan dia nih kan. dah la pandai melukis walaupon umor dah meningkat tapi perangai dia masih nampak kebudak budakan .bila dia tersenyum lebar tak nampak pon macam dia ada masalah .dia juga pandai main gitar fooyoh haha..aku sendiri pon tak pandai nak menekan chord guitar walaupon benda tu amatlah senang sekali (CHEWAAH_). dia banyak memberi aku kaunseling dan hidup dia hanya bergantung dengan ubat sahaja.(kalo aku memang aku down gile). aku terfikir kita hidup dalam zaman teknologi semua manusia ada henpon then boleh berhubung tapi dia baru beli phone tu semalam dah la phone Olympic. dia cakap dah  setahun tak pakai henpon bermakna ada orang lagi teruk dari aku la kan.aku mengankat seribu kesyukuran.dia teramatlah kuat dari segi mental dan fizikal walaupon dia nie ada mental disoder motivasi diri dia cukup tinggi. dan aku selalu berdoa dia dapat pulih dan kembali berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukannya.

dan untuk embaca blog nih yang rasa stress depress n press kawal diri anda sebelum ianya merebak menjadi mental disoder.semoga kehidupan anda ceria tidak dihurungi oleh masalah remeh temeh dan sukar untuk diselesaikan.



0 comments:

Post a Comment