Tuesday, December 28, 2010

"TINGTONG BERSAMA B AND ACIK"

Hurmm... dah 3 malam, malam yang amat membosankan kehidupan kat  mahsa nie. Walaupun ada ramai lagi yang tak balik mereka masing masing dengan dunia mereka sendiri dan kami kat sini ibarat katak di bawah tempurung. Rasanya perasaan nie tak kan berakhir sampai bila bila pon. Setelah hari hari yang berlalu acik masih setia dengan game kuno yuri revenge (nak masuk yang latest barang tak power terpaksa la maintainkan aspect ratio) . Manakala B plak bukan nama sebenar masih lagi dengan kekuatan dalamam dia mencipta ayat ayat power untuk dijadikan bahan gelak ketawa dikala hari masih sunyi. Aku plak layan kepala dengan menidurkan diri selepas berpindah dari markas A ke markas B dan seterusnya C serta dibuat pengulangan. Tanggal pukul 12 tengah hari tadi aku dengar cam ada orang ketuk bilik pastu aku malas nak layan aku buat kurang pandai sket lepak je kat atas katil sambil layan lagu the verve betajuk sonnet yang mendayu dayu. Aku tau acik rindu kat aku kul 3 dia hantar mesej kat aku tanya dah bangun lom...aku tak reply gak sebab nak jimat kredit. Dalam masa yang sama atau kurang sama aku berbalas mesej ngan sidia yang tercinta yang nie tak pe tak de kedit pon dia akan jadi ada. Untuk sidia buat la yang terbaik tuk hari nie semoga segalanya berlalu dengan mudah dan JANGAN NAK MENGATAL!! .Berbalik pada tajuk asal bila tiba malam masing masing akan duk atas katil  duk edit blog dengan menggunakan otak dan ilmu yang diaorang belajar zaman sekolah rendah sehingga zaman sekarang pastu ditambah pula dengan unsur lewah dan penggunaan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dikarang itu terbaik dari sekolah. Malam nie aku tak tau nak tulis apa tetapi disebabkan kebosanan aku datang mengarut kat sini.


jika sportlight itu terang terang lagi matahari
jika cinta itu temberang aku akan lari

wasalam

3 comments:

Hacik Hacim said...

"ibarat katak di bawah tempurung"

ayat xtahan hahahahaha......

sharil's life said...

ahahaha...tu la pasal..

Lactos Berangka said...

sighhh

Post a Comment